:: Testing Banner ::

create your own banner at mybannermaker.com!

:: Calendar ::

:: Ada Pengikut Kee..?? ::

Monday, May 16, 2011

X sabarrrr nyeeeeee....


Muka Teruja...ker??


Apa yang x sabar nya..????? heheehheeee.....Insyaallah... dalam minggu ni aku akan dapat dua benda yang aku nak beli sebleum ni......YEEAAAAAYYY...Hepinyeeee..... Nak tau pe benda tuh..?? Sila rujuk entry ni ye Aku nak nie


Dah dapat nanti aku letak gamba yeee
OK BYE!!!! 

Thursday, May 12, 2011

Aku nak nie...

Hmmm...tau x apa yang aku nak sangat2 skang nie...??? hehehehe meh tgk nie.... Ada dua benda yang aku nak skang nie....

Yang Pertama:-

VIVA ELITE (MIDNIGHTBLUE COLOR)
hehehehe.....rasa-rasa yang ni pon ok kot tuk aku... lagipun ini jer yang mampu setakat nie...

Yang Kedua :-

SONY ERICSSON XPERIA X10 (SENSUOUS BLACK)

 hmmm....dua-dua ni aku belum dapat lagi sebenarnya...tapi x pe kedua-dua benda ni aku akan dapat dalam masa terdekat nie...Abah kata kereta mungkin dalam bulan ni jugak... and phone tu pon insyaallah....minggu depan aku da boley dapat... hihiihiii..
Alhamdulillah....dua-dua ni aku guna duit sendiri tau....cuma kereta je la abah tambah ckit...heheheheee...tenkiu abahhhh......

sebenarnya adalagi satu barang yang aku nak.... iaituuuu..............

LAPTOPPPPP...HEHEHE yang ni xde gamba....tapi yang ni bia dulu la kot.... da ada duit lebih nanti baru beli...


sekian... (^^,)
 

Sunday, May 8, 2011


Happy Mother Day to my mom..Terima kasih sebab dah besar kan kami adik beradik dan beri kasih sayang, tunjuk ajar tanpa mengenal erti jemu.... Sesungguhnya saya sangat bersyukur sebab masih mempunyai ibu....Saya sayang mak saya...


**Hargailah, sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada**

Sunday, May 1, 2011

1 Mei....

Hmmm.... ari ni genap lah umur aku 24 tahun... da makin berusia rupanya aku..hihiii...tp sampai sekarang still belum dapat kerja tetap....sabar erni...belum ada rezeki la tu...(**ayat sedap kan hati**) hehehe...bukan aku tak apply mana-mana job, dah banyak kali g temuduga tapi resultnya menghampakannnn.....tapi xpe...kerja je dulu kat tempat sekarang nie...janji ada jugak duit poket...ok dah stop cerita sedih2 nie...


hari ni birhtday aku so kena la happy kan... tapi tahun ni x celebrate pun...(**cewahhhh macam la sebelum2 ni celebrate**)x kisah pun sebenarnya sambut ke x kan...yang penting masih ada yang wish n ingat birhtday aku.. yang paling aku HAPPY orang pertama yang wish birthday aku ialahhhhhhhhhh BABAH aku...hihihiiiiii....tepat jam 12.00am dia dah call ucap bla...bla...bla..bla.. huhuuu...suka....suka...suka...




tq Minie...tq Mickey...coz bg kek n wish my birthday...hahahahaaa...perasannnnn BETOL....ok la... aku nk ucap kan bebanyak-banyak terima kasih kt family, friends, my lover n semua sekali la yang da wish birthday aku, yang doa kan aku...tenkiu so muchhhh....aku sangat2 hargai ucapan-ucapan n doa-doa korang tu ye....aku pun doakan korang semua berjaya, sihat, mendapat keredhaan Allah. semua yang baik-baik la.....THANK YOU SO MUCHHH...




**HAPPY BIRTHDAY ERNI SHAFINA BINTI RIZWAN**

Monday, February 14, 2011




Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
**************************************
Jom Hayati Lagu nie:-

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
************************************************
LOVE OUR RASULULLAH S.A.W (^_^)

Tuesday, February 8, 2011

Salam pengenalan dariku untuk kalian semua...

For the second time i cuba nak buat blog tp tak tau la yang ni aktif atau tak..hahahaa...yang dulu da ada dah..tp malas nak update...bizi kateee...hehheee..k lahh...da malas nak taip....kau orang layan la ini picture yeee...








































laaaaaaaa.....mane pic nyeeeeeee????????????

sory la derrr....wa mne de pic nk letak..hahaha...ok bye..

Monday, October 11, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah**

Ni aku copy from my facebook friends....jom baca.





Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.




1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


ALLAH knows BESt!