:: Testing Banner ::

create your own banner at mybannermaker.com!

:: Calendar ::

:: Ada Pengikut Kee..?? ::

Monday, October 11, 2010

Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah**

Ni aku copy from my facebook friends....jom baca.





Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.




1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


ALLAH knows BESt!

Wednesday, October 6, 2010

Petua Mendapatkan pasangan

Hai.....jom sape2 yang nak cari pasangan...ni ada sikit petua untuk korang.....ni pon aku dapat dr web Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah..Aku suke la bace....aku jamin korang pon mesti suka gak...jom cekedout!!! kehkehkehh..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
haaaa.....sebenarnya banyak lagi tau...ade 60 semuanya...kalo korang nak tau korang leh klik cni--->  http://www.fadzilahkamsah.com/




Tuesday, October 5, 2010

~~Wanita~~

Entry kali ni lagu je...masih dlm mood sedeyyy (T_T)




Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…

Monday, October 4, 2010

Terima dengan hati yang terbuka...



Sedih+terkilan....kenapa ye...bila kita da betol2 sayangkan seseorang, tapi kenapa orang yang kita sayang sanggup buat kita macam nie... knp die x pernah fikir perasaan kita... Ya Allah Tabahkan hati hambamu ini. Kuat kan la aku untuk teruskan semua ni...mungkin ada hikmah di atas semua yang terjadi...aku akan selalu doakan yang terbaik buat die... mungkin mengambil masa yang lama untuk aku lupakan.... sakit nya hanya Tuhan je yang tau..mmg susah untuk melupakan tp aku akan cuba kuatkan semangat..Terima kasih kpd kawan2 yang selalu support aku...


"MASIH MENYAYANGINYA" (T_T)

Sunday, September 19, 2010

SELAMAT HARI RAYA....

Hahaha...gile lame x update...aku bkn malas nk update tp line tenet ni x mengizinkan aku nk update..mmg dasar pendengki kn..nk wat cane..heheheheeee...

skang da masuk raya ke 10 da...taon ni cam biase la..aku akan beraya di sini saje....di sini tu di mane??? Umah aku la kt temerloh ni haaa....nk balik kg..xde kg kn...huhuhuhu...seronok je tgk org len balik kg....mst best kn suasana kampung..???tak pe la...yang penting aku masih ade family tersayang.......ape2 pon, DENGAN INI AKU INGIN MENGUCAPKAN 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN PADA SEMUA...."

Friday, August 27, 2010

HARI NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum....

Ari ni da 17 Ramadhan merupakan Hari Nuzul Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Hmm...ni la serba sedikit info yg aku nk kongsikan...Semoga kita sama-sama memperbanyakkan amalan dlm bulan Ramadhan nie dan rajinlah membaca Al-quran supaya diri kita dekat denganNya.....Insyaallah....

Tuesday, August 17, 2010

M.A.L.A.S.....

ok...kalo tengok pada tajuk entry tu,,, mmg kene sgt laaa ngan aku yang PEMALAS nih...tgk la...nk wat blog konon, tp xpena nk update an..? hehehehehe...aku ni mmg pemalas kot...
sejak jd PENGANGGUR TERHORMAT skang ni...makin menjadi2 malas nye.....nk bgn pagi malas...nk wat keje umah malas... nk mandi pon malas jugakkkkkk....tp kalo makan aku rajin...hahahahaa...nk mkn kne masak plak...pon aku malas gak...pe nk jadi la aku nih....tah bile la nk keje ak nih...intebiu da bnyk pegi..tp satu pon tadeee... aii...jd suri rumah sepenoh mase la jawab nyeee.....hmmm... k la...besok2 la plak cite....besok aku tu tah bile ak pon tatau...hihii..chow...

Monday, August 2, 2010

SALAM KENALLLL....


Assalamualaikum.....

Cam x caye jek ak tulis BLOG.....huhuhu..
Da lame kot nk wat blog tp x tau nk cite psal ape...
tgk member2 sume ad blog an...aku nk gak wat...
mmm....papepon ni je la dulu kot...

sudi2 r singgah kt blog yg tah pape ni ek...  =)